Suami Menangis Sambil Berkata “Maafkan abah. Abah tak pandai nak azan. Sungguh, abah tak reti.”

Posted on

Loading…

Gambar Sekadar Hiasan
Allahurabbi , meleleh airmata tatkala membaca apatah lagi jika berada di situasi tersebut . Itulah yang dikatakan ilmu , . Tidak semestinya kaya harta , sudah memadai untuk kehidupan seterusnya . Bayangkanlah pendidikan agama tiada , hurmmmm .. sedih dan sadisnya .. Allah

Hari yang cukup meletihkan. Menyakitkan. Memeritkan. Empat jam penuh debaran dan bergelut dengan nyawa akhirnya disudahkan dengan tangisan.

Tangisan seorang bayi lelaki. Tangisan kegembiraan diri sendiri juga. Suami di sisi juga mengalirkan air mata. Anak sulung kami.

Ajaib. Terasa hilang seketika seluruh kesakitan melahirkan tadi tatkala melihat bayi lelaki yang masih kemerahan kulit badannya di depan mataku sendiri.

Bayi yang baru lahir di ibaratkan kain putih tanpa sebarang dosa.

Alhamdulillah. Syukur yang tak terhingga. Jururawat membawa anak sulungku itu ke sisiku.

Loading…

Ku kucup pipinya yang comel. Bayi yang tengah menangis tadi mereda tangisannya. Mungkin mengenali aku ini ibunya.

Suami Menangis Sambil Berkata “Maafkan abah. Abah tak pandai nak azan. Sungguh, abah tak reti.”

“Mama dan abah tunggu kamu sembilan bulan, tau.”

Bergenang air mataku sekali lagi mengingatkan peritnya dan besarnya dugaan selama mengandungkan anak pertama. Dengan pelbagai ragam diri sendiri, asyik nak muntah, cepat sensitif, cepat nangis, cepat marah, asyik nak pitam pening kepala. Tuhan sajalah yang tahu. Nasib baik dapat suami yang memahami.

Kami bernikah tahun lepas. Terus bunting pelamin. Suamiku orang biasa saja. Bukan ‘suamiku ustaz’ bagai tu semua. Taklah kaya. Cukuplah apa adanya. Cukup ada rumah sewa untuk didiami, cukup makan pakai sekadarnya.

Aku pun biasa-biasa. Macam orang keramaian saja. Tudung pun tak betul lagi. Suamiku kata, ‘nanti awak dah able, pakailah betul-betul.’ Dia sendiri pun masih dengan seluar pendeknya bila keluar dari rumah. Aku pernah tegur. Dia kata, dia pun tak able lagi. Sama macam aku tak able.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *