Direman, didakwa salah guna kuasa, rasuah

Posted on

 

KES four

Menyamar orang tengah polis

 

SEREMBAN 30 Jan. – Tin­da­kan dua peniaga menya­mar sebagai orang te­ngah polis dan meminta wang RM5,100 bagi melepaskan seorang suspek kes dadah membawa padah apabila mereka ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Port Dickson, semalam.

Suspek pertama berusia 44 tahun ditahan di sebuah restoran di Bandar Springhill, Port Dickson pada pukul three petang, manakala rakannya berumur 46 tahun diberkas di pejabat SPRM Port Dickson pada pukul four.30 petang.

Menurut sumber, kedua-dua suspek yang merupakan peniaga disyaki meminta wang tersebut daripada seorang lelaki sebagai balasan untuk membantu melepaskan anaknya yang ditahan polis kerana kes penyalahgunaan dadah.

Ujarnya, bagi meyakinkan lelaki terbabit, suspek mendakwa RM5,000 daripada wang itu akan diberikan kepada seorang anggota polis berpangkat Sarjan dari Bahagian Narkotik Ibu pejabat Polis Daerah Port Dickson bagi menyelesaikan kes itu.

“Suspek telah menerima sebanyak RM3,000 daripada jumlah wang itu pada Sabtu lalu manakala RM2,100 diserahkan kepada mereka semalam,” kata sumber itu di sini hari.

Kedua-dua suspek direman lima hari bermula hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 16 (a) (B) Akta SPRM 2009.

 

Pecah amanah RM2.five juta

MELAKA 30 Jan. – Seorang bekas pengurus projek mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan pecah amanah membabitkan peruntukan Skim Baja Padi Kerajaan Persekutuan (SBPKP) bernilai RM2.five juta, dua tahun lalu.

Muhamad Nasir Razak, 39, didakwa melakukan perbuatan itu di Pejabat Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Merlimau, Kilometer 24, Jalan Jasin-Merlimau antara 31 Januari dan 31 Disember 2016.  

Mengikut pertuduhan, Muhamad Nasir sebagai pengurus projek SBPKP didakwa telah me­l. a.­kukan pecah amanah terhadap Baja Sebatian, NPK Tambahan dan Urea sebanyak 56,700 beg bernilai RM2,544,650 yang dile­takkan di bawah seliaannya.

Pertuduhan terhadapnya dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Irwan Shah Abdul Samat mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan dan denda.

Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM200,000 dengan seorang penjamin selain mengarahkannya melapor diri setiap bulan di pejabat SPRM Melaka serta menyerahkan pasport kepada mahkamah sehingga kes selesai.

Mahkamah turut menetapkan 6 Mac ini untuk sebutan kes serta lantikan peguam.

Tertuduh bagaimanapun gagal menjelaskan wang jaminan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *