Direman, didakwa salah guna kuasa, rasuah

Posted on

KES 2

Pegawai JPJ terima rasuah RM14,000

 

KLANG 30 Jan. – Seorang pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor direman lima hari mulai hari ini bagi membantu siasatan kes menerima rasuah berjumlah RM14,000 daripada tiga syarikat pembinaan, tiga tahun lalu.

Selain lelaki berusia 43 tahun itu, tiga pengurus syarikat ber­usia antara 30 hingga 45 tahun turut direman bagi tempoh yang sama, ketika kesemua mereka dibawa ke Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Majistret Roslizi Sulaiman memerintahkan kesemua suspek itu direman sehingga Sabtu ini selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengikut Sek­syen 117 Kanun Prosedur Jenayah.

Terdahulu, keempat-empat sus­pek yang tiba di pekarangan mahkamah kira-kira pukul 10.15 pagi memakai baju lokap berwarna jingga sambil masing-masing diiringi pegawai SPRM.

Sumber berkata, pegawai kerajaan itu yang kini bertugas di Bahagian Pengujian Lesen Memandu JPJ Selangor dipercayai telah menyalahgunakan kuasa semasa berkhidmat di Stesen Timbang JPJ Kuala Selangor.

“Suspek disyaki memperoleh wang suapan sebanyak RM100 hingga RM1,800 sebulan daripada syarikat pembinaan sepanjang tahun tersebut sebagai balasan untuk tidak mengambil tindakan undang-undang di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim yang mengesahkan penahanan tersebut memberitahu, kes itu disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

 

KES three

Seleweng dana sains RM3 juta

 

PUTRAJAYA 30 Jan. – Seorang bekas pegawai di sebuah badan sains antarabangsa direman lima hari mulai hari ini bagi membantu siasatan berhubung penyelewengan dana berjumlah kira-kira RM3 juta sejak tahun 2012.

Majistret Mohd. Nor Hafidzuddin Yusoff mengeluarkan perintah reman sehingga three Februari ini terhadap suspek berusia 44 tahun itu yang merupakan Pegawai Tadbir Kanan International Council for Scientific Union Regional Office for Asia Pacific (ICSU-ROAP) di bawah Akademi Sains Malaysia (ASM).

Mahkamah Majistret di sini hari ini turut mengeluarkan perintah reman bagi tempoh yang sama terhadap seorang rakan suspek berusia 57 tahun kerana disyaki bersubahat dalam penyelewengan itu dan telah menyamar menggunakan gelaran profesor lestari dari universiti tempatan.

Semalam, akhbar melaporkan dua individu termasuk seorang Pegawai Tadbir Kanan ICSU-ROAP telah diberkas Suruhanjaya Pencegahan Ra­suah Malaysia (SPRM) di sebuah kondominium di Kuala Lumpur selepas disyaki menyeleweng dana berjumlah kira-kira RM3 juta.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *